AOR Raya Fest 2024 merupakan sebuah karnival jualan Aidilfitri dan bazar Ramadan yang berlangsung selama sebulan, bermula pada 1 Ramadan sehingga malam terakhir Ramadan. Festival ini menghimpunkan 90 vendor pakaian dan kelengkapan eksklusif untuk Hari Raya Aidilfitri serta 214 vendor makanan yang menggamit selera di Bazar Ramadan.
Penganjuran tahun ini mencatat sejarah sebagai kali pertama dikelola oleh pihak swasta, selepas sebelumnya diuruskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Walaupun ini adalah penganjuran pertama oleh pihak swasta, AOR Youth Event berjaya menamatkan festival ini dengan penuh gilang-gemilang, menunjukkan kehebatan dan komitmen yang tinggi.
Dengan kerjasama erat bersama Kekasih HQ, AOR Youth Event berjaya memberikan sentuhan baru yang segar dan menarik kepada AOR Raya Fest, menjadikan festival ini lebih meriah dan dinantikan oleh semua!
Karnival Usahawan PUSPA Suri adalah sebuah karnival yang dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan dilaksanakan oleh AOR Youth Event. Acara ini berlangsung selama 5 hari di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
AOR Youth Event dengan bangganya berjaya menganjurkan acara yang penuh inspirasi dan bermanfaat ini, memastikan setiap detik karnival ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua pengunjung!





